Pusat Membeli Belah

Bazar Buluh Kubu

Jika anda gemar membeli barangan secara tawar-menawar, di sinilah anda patut tujui. Kompleks 3 tingkat ini dipenuhi dengan stok barangan terutama jenis kraftangan dan batik  yang boleh dibawa balik sebagai ole-ole atau buah tangan di antaranya  barangan jenis senjata keris dan pakaian, topi, rantai kunci, perak dan sebagainya.

Bazar Buluh Kubu merupakan tempat yang paling menarik dan boleh dianggap Pasar Seni di Kelantan. Suasana, warna dan bunyi yang boleh dinikmati di sini menampilkan keunikan Kelantan.

Pelbagai jenis makanan tradisi dan moden boleh didapati di sini. Suasananya meriah terutamanya tengahari dan petang. Bazar ini berada bersebelahan dengan Istana Balai Besar dan Pasar Besar Siti Khadijah. Bazar ini dibuka di antara 9.00 pagi hingga 7.00 petang setiap hari.

Kawasan Bebas Cukai

Telah diwartakan sebagai kawasan bebas cukai dan merupakan kawasan membeli belah yang terbesar di daerah Tumpat.

Kawasan bebas cukai ini bersepadan dengan Kuala Tak Bai iaitu kawasan sempadan dangan Thailand. Bersebelahan dengan kawasan bebas cukai ini terdapat pejabat imegresen dan pejabat kastam.

Makanan Tradisional

Negeri Kelantan mempunyai pelbagai masakan dan makanan tradisional yang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa yang unik mengenai masakan di Kelantan adalah dari segi makanan itu sendiri, warna, bentuk dan kebanyakannya adalah agak manis.

Di antara tempat-tempat yang dikunjungi untuk menjamu selera adalah di sekitar bandar Kota Bharu dan Jalan Pekeliling. Untuk waktu malam tempat tersebut adalah Pasar Malam Parit Dalam dan di antara persimpangan Jalan Padang Garong dan Jalan Pengkalan Chepa.Tidak dapat dinafikan, masakan di Kelantan mempunyai pengaruh daripada Thai. Pengunjung boleh menikmati masakan-masakan istimewa Thai di Kota Bharu.

AYAM PERCIK

Ini merupakan hidangan ayam panggan yg diperap dalam santan pekat berperisa. Hidangan kegemaran penduduk tempatan ini juga sering menjadi pilihan utama para pengunjung untuk menjamu selera.

NASI TUPANG

Nasi ini dibungkus dalam daun pisang. Ia boleh dimakan bersama kari atau rendang daging.

NASI DAGANG

Nasi Dagang merupakan kelebihan utama negeri Kelatan. Ia dihasilkan dari beras pulut dan dihidangkan dengan gulai ikan tuna dan gulai ayam.

LAKSA

Laksa adalah sejenis mee putih yang dihidangkan bersama-sama dengan kuah yang diperbuat daripada ikan, santan, bawang, asam jawa dan cili.

KUIH YANG LAZAT DAN ENAK

Keenakan dan keistimewaan Cik Mek Molek, Buah Tanjung, Nasi Kaya, Jala Mas, Tepung Pelita dan Akok merupakan kuiih tradisional yang wajib dinikmati oleh pengunjung. Ia boleh di beli dengan senang dipasar Siti Khadijah atau di pasar malam.

Kuih Akok diperbuat daripada telur itik, nisan, gandum, dan lain-lain lagi. Selain akok, kuih lain yang menggunakan telur itik ialah Buah tanjung.

Masakan Kelantan sememangnya menawarkan keenakan yang tiada tandingan.

Terdapat banyak restora dan gerai makanan di sekitar bandar Kota Bharu serta pekan-pekan yang lain. Boleh dikatakan hampir di setiap lorong terdapat penjaja-penjaja yang menjual berbagai makanan dan snek. Pekan Cina di persimpangan Jalan Padang Garong dan Pengkalan Chepa mempunyai gerai-gerai makanan yang menyajikan berbagai makanan Cina yang lazat.

Menjamu selera di gerai-gerai makanan terbuka telah menjadi satu kelaziman bagi penduduk Malaysia. Gerai-gerai makan di Padang Bas, Kota Bharu memang amat popular dengan hidangan makanan tempatannya dari jam 6 petang sehingga ke larut malam.

Pasar Siti Khadijah

Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita Kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu.

Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar menggambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan.Berbagai jenis barangan ada dijual di antaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.

Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.

Pasar Malam

Gerai makanan pasar malam ini terletak di Jalan Bank iaitu di kawasan belakang Bank Nasional Kota Bharu berhampiran dengan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu.

Ia dibuka dari jam 6.00 petang hingga ke tengah malam, dan ia dihidangkan secara “delectable array of dishes”. Jika pengunjung ingin menikmati makanan secara terbuka di bawah kilauan cahaya bintang, merupakan satu kelainan yang dilakukan.